Green Dish memfokuskan kepada penjualan buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang merupakan buah ikon Negeri Terengganu yang telah diberi nilai sebanyak lima bintang oleh Jabatan Pertanian iaitu dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. MMT juga diiktiraf sebagai melon terbaik dalam negara.
Seperti namanya, melon ini berasal dari Besut, Terengganu, Malaysia. Projek ini dihoskan dan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian sendiri dan pengeluarannya di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Projek ini dianggap sebagai projek yang berjaya menghasilkan tembikai eksklusif dengan pengeluaran terhad kerana kawalan kualiti yang ketat. Namun begitu, GM Peladang telah mengeluarkan buah melon dari ladang mereka sendiri bertempat di Kuala Ibai, Terengganu dan hasilnya dijual hanya di Green Dish. Sebarang tempahan atau maklumat berkenaan Green Dish boleh menghubungi Cik Najihah, 017-9817644.
CIRI-CIRI MELON DI GREEN DISH
Musim: Melon ini adalah tahun yang panjang tetapi musim puncak yang paling sesuai pada bulan
Februari.
Gred : Terbahagi kepada dua gred iaitu gred A dan gred B.
- Gred A : 1-1.5 kg
- Gred B : 500g-999g
Rasa : Tekstur yang rangup dan manis yang pasti mencairkan hati setiap orang yang merasa buah melon manis Terengganu dari kedai Green Dish.
INFO
- Melon hanya mempunyai 60 kalori per cawan dan terdiri daripada kira-kira 90% air.
- Sumber Vitamin C yang baik dan mempunyai kandungan kalium yang sama dengan pisang.
- Gabungan kadar air dan kadar kalium yang tinggi membuat MMT berkesan untuk mengekalkan paras tekanan darah yang sihat.
MARI DAPATKAN MELON MANIS TERENGGANU DI GREEN DISH!
No comments:
Post a Comment