GREEN DISH OFFICIAL BLOG

Selamat datang ke blog rasmi Green Dish,
Green Dish merupakan salah satu daripada anak syarikat GM Peladang Sdn. Bhd. yang menjadi pusat pemasaran tanaman yang mempunyai kelulusan myGAP yang diiktiraf daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Green Dish mengutamakan amalan pemakanan yang sihat.

Monday, February 12, 2018

Apa itu MyGAP?

Green Dish hanya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari pekebun yang mempunyai sijil myGAP. Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP)  telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 Ogos 2013. MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Persijilan Ladang Malaysia untuk Amalan Pertanian Baik (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Persijilan Farmaseutikal Malaysia (SPLAM).


MyGAP adalah skim persijilan komprehensif untuk sektor pertanian, akuakutur dan ternakan. Selain itu myGAP dilaksanakan berdasarkan Standard Malaysia (MS). Amalan pertanian baik digunakan untuk modul sektor pertanian dan MS 1998:2007. MyGAP adalah amalan pertanian yang menekankan aspek persekitaran, ekonomi, dan sosial untuk memastikan hasilnya selamat dan berkualiti serta menyumbang kepada bidang ekonomi utama negara.

Kelebihan MyGAP.

  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu membangunkan industri pertanian kebangsaan.
  • Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.
  • Memudahkan perlaksanaan persijilan Amalan Pertanian Baik.
  • Menggalakkan dan memudahkan penerimaan pengguna terhadap produk pertanian, ternakan, dan akuakultur dengan hanya satu persijilan.
  • Memudahkan dan mengurangkan kos promosi kerana penguna sudah biasa dengan produk keluaran myGAP.

Ojektif MyGAP

  • Menigkatkan Bilangan ladang dengan Persijilan MyGAP untuk menggalakkan kualiti dan selamat untuk makan hasil untuk pasaran domenstik dan export.
  • Meningkatkan kesedaran dan permintaan pengguna untuk kualiti dan selmat untuk makan hasil dengan logo myGAP diatasnya.
  • Meningkatkan daya saing hasil pertanian Malaysia di peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment