Jeruk melon yang pastinya rangup dan sedap ini boleh didapati di kedai Green Dish. Mempunyai dua jenis iaitu manis dan pedas.
Green Dish
Green Dish! Kami memasarkan #Sayuran SEGAR #Buah-buah TEMPATAN #Produk IKS Usahawan Negeri Terengganu Kami juga membekalkan sayur segar ke restoran. Perkhidmatan ORDER&PICKUP. DESTINASI SAYURAN SEGAR,BERSIH DAN ORGANIK TERUS DARI LADANG!
GREEN DISH OFFICIAL BLOG
Selamat datang ke blog rasmi Green Dish,
Green Dish merupakan salah satu daripada anak syarikat GM Peladang Sdn. Bhd. yang menjadi pusat pemasaran tanaman yang mempunyai kelulusan myGAP yang diiktiraf daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Green Dish mengutamakan amalan pemakanan yang sihat.
Tuesday, February 13, 2018
Produk Jualan di Kedai Green Dish
Di Green Dish kami mengutamakan produk yang mempunyai persijilan MyGAP dan IKS Terengganu.
Melon Manis Terengganu (MMT) Malaysia
Green Dish memfokuskan kepada penjualan buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang merupakan buah ikon Negeri Terengganu yang telah diberi nilai sebanyak lima bintang oleh Jabatan Pertanian iaitu dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. MMT juga diiktiraf sebagai melon terbaik dalam negara.
Seperti namanya, melon ini berasal dari Besut, Terengganu, Malaysia. Projek ini dihoskan dan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian sendiri dan pengeluarannya di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Projek ini dianggap sebagai projek yang berjaya menghasilkan tembikai eksklusif dengan pengeluaran terhad kerana kawalan kualiti yang ketat. Namun begitu, GM Peladang telah mengeluarkan buah melon dari ladang mereka sendiri bertempat di Kuala Ibai, Terengganu dan hasilnya dijual hanya di Green Dish. Sebarang tempahan atau maklumat berkenaan Green Dish boleh menghubungi Cik Najihah, 017-9817644.
CIRI-CIRI MELON DI GREEN DISH
Musim: Melon ini adalah tahun yang panjang tetapi musim puncak yang paling sesuai pada bulan
Februari.
Gred : Terbahagi kepada dua gred iaitu gred A dan gred B.
- Gred A : 1-1.5 kg
- Gred B : 500g-999g
Rasa : Tekstur yang rangup dan manis yang pasti mencairkan hati setiap orang yang merasa buah melon manis Terengganu dari kedai Green Dish.
INFO
- Melon hanya mempunyai 60 kalori per cawan dan terdiri daripada kira-kira 90% air.
- Sumber Vitamin C yang baik dan mempunyai kandungan kalium yang sama dengan pisang.
- Gabungan kadar air dan kadar kalium yang tinggi membuat MMT berkesan untuk mengekalkan paras tekanan darah yang sihat.
MARI DAPATKAN MELON MANIS TERENGGANU DI GREEN DISH!
Monday, February 12, 2018
Apa itu MyGAP?
Green Dish hanya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari pekebun yang mempunyai sijil myGAP. Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 Ogos 2013. MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Persijilan Ladang Malaysia untuk Amalan Pertanian Baik (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Persijilan Farmaseutikal Malaysia (SPLAM).
MyGAP adalah skim persijilan komprehensif untuk sektor pertanian, akuakutur dan ternakan. Selain itu myGAP dilaksanakan berdasarkan Standard Malaysia (MS). Amalan pertanian baik digunakan untuk modul sektor pertanian dan MS 1998:2007. MyGAP adalah amalan pertanian yang menekankan aspek persekitaran, ekonomi, dan sosial untuk memastikan hasilnya selamat dan berkualiti serta menyumbang kepada bidang ekonomi utama negara.
Kelebihan MyGAP.
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu membangunkan industri pertanian kebangsaan.
- Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.
- Memudahkan perlaksanaan persijilan Amalan Pertanian Baik.
- Menggalakkan dan memudahkan penerimaan pengguna terhadap produk pertanian, ternakan, dan akuakultur dengan hanya satu persijilan.
- Memudahkan dan mengurangkan kos promosi kerana penguna sudah biasa dengan produk keluaran myGAP.
Ojektif MyGAP
- Menigkatkan Bilangan ladang dengan Persijilan MyGAP untuk menggalakkan kualiti dan selamat untuk makan hasil untuk pasaran domenstik dan export.
- Meningkatkan kesedaran dan permintaan pengguna untuk kualiti dan selmat untuk makan hasil dengan logo myGAP diatasnya.
- Meningkatkan daya saing hasil pertanian Malaysia di peringkat antarabangsa.
Green Dish GM Freshmart
Selamat Datang Ke Blog Green Dish Official.
Pengeluaran hasil tanaman daripada ladang GMP akan dimasukkan ke pusat utama pemasaran kami iaitu Green Dish,Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu. Green Dish merupakan anak buah syarikat GM Peladang Sdn.Bhd. yang menjadi pusat pemasaran tanaman bagi tanaman yang mempunyai kelulusan MyGAP daripada pihak Jabatan Pertanian Malaysia. Produk utama pemasaran di Green Dish adalah buah ikon Negeri Terengganu iaitu Melon Manis Terengganu (MMT). Selain itu Green Dish juga memasarkan produk tanaman lain dan juga barangan IKS yang telah diiktiraf.
Subscribe to:
Posts (Atom)